Nims Adeliciousz Sambutan Raya Team Kuantan

Dari Hong Kong ke Kuantan.

Seminggu yang lepas, Puan Tengku Nurhanim bersyukur apabila ada team dari Kuantan yang ingin bersama – sama mengadakan satu perjumpaan sempena menyambut Syawal yang akan berakhir ini. Tanpa berkias Puan Nurhanim bersetuju dan gembira untuk berjumpa dengan team dari Kuantan ini.

Seikhlas hatinya Puan Nurhanim amat bersyukur dengan kehadiran team-team ini yang sama sama bekerjasama dalam menjayakan usaha Nims Adeliciousz ke peringkat antarabangsa. Jadi Puan Nurhanim akan usahakan juga memberi masa untuk ke Kuantan bagi sambutan akhir syawal ini. Sambil bermaaf-maafan, kami bertukar-tukar kata semangat dalam  memastikan harapan dan amanah Nims untuk sentiasa teguh dan kukuh berdiri dan menerokai pasaran bersama sama.

Segala syukur diucapkan dan terima kasih atas host aka tuan rumah leader Kuantan Siti Sharina Shaari & Farah Azyyatie serta team atas perkongsian dan jemputan yang amat bermakna ini
Team HQ dan Puan Nurhanim sendiri mendoakan kita sama sama akan melangkah kehadapan dan membangunkan sebuah perjuangan yang lebih besar  lagi pada masa akan datang. Bukan sahaja pada team Kuantan malah pada seluruh team keluarga Nims di seluruh negara dan dunia.

Walaupun jarang berjumpa, Namun harapan dan amanat Puan Nurhanim sentiasa bersama mereka dalam memastikan Nims Adeliciousz menonjak maju ke hadapan.

#Let’s Fly High Together, #Strong Together, #Love Forever.

No. 93, Jalan Perindustrian 4/KU8, Kawasan Perindustrian Meru Selatan, 40150 Klang, Selangor, Malaysia.

Email: nims.hq@gmail.com
Phone: +603-33964777/6016-7775507